Dasar Tenaga Negara dirumuskan untuk mencapai objektif berikut:
- Memastikan bekalan tenaga yang cukup, selamat, berkualiti dan menjimatkan.
- Menggalakkan penggunaan tenaga yang efisyen;
- Memastikan faktor berkaitan perlindungan alam sekitar diambil kira di dalam penghasilan dan penggunaan tenaga.
Hasil sokongan terhadap polisi ini, Dasar Pelupusan Negara di rumuskan dengan tujuan memelihara sumber tenaga, terutamanya minyak dan gas. Sementara itu Dasar Empat-Kepelbagaian Bahan Api diperluaskan untuk mengabungkan tenaga boleh diperbaharui sebagai bahan api kelima untuk menambahkan punca bekalan tenaga dari sumber-sumber yang biasa iaitu, minyak, gas, arang batu dan hidro.
- 8589 views