Klik untuk lihat lain-lain Unit dan Bahagian
Hubungi Kami:
Pejabat Ketua Setiausaha,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 1, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725432
Faks : 03-88883755
Hubungi Kami:
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (SEKTORAL)
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 1, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723250
Faks : 03-88883758
Hubungi Kami:
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (MAKRO)
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 1, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725443
Faks : 03-88883762
Carta Organisasi:
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR)
Hubungi Kami:
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR)
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 1, ,Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03- 88725377
Faks : 03- 88725221
Carta Organisasi:
Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan
Hubungi Kami:
Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan),
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -2, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 0388723304
Faks : 03-88883768
Carta Organisasi:
Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan
Hubungi Kami:
Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 5, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725519
Faks: 03-88883616
Objektif
- Merancang, menilai dan mengkaji semula dasar-dasar mengenai jalanraya, rel, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan-kemudahan awam yang memberi sokongan kepada sektor-sektor lain bagi mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi.
- Memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan-kemudahan awam mencukupi, efisyen dan keberkesanan kos serta ianya dapat disediakan secara kompetitif.
- Mempastikan peruntukan yang mencukupi disediakan selaras dengan keutamaan sektor dan menentukan agensi-agensi yang berkaitan mempunyai kebolehan serta keupayaan yang diperlukan untuk mengimplementasikan program pembangunan.
- Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan rancangan-rancangan/ projek dapat dilaksanakan dan disiapkan sebagaimana yang dirancangkan.
Fungsi Utama
- Menggubal dasar-dasar, strategi-strategi, rancangan-rancangan dan program-program berhubung dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan raya dan jambatan, pengangkutan bandar dan rel, pelabuhan, penerbangan awam serta sumber air dan pembentungan.
- Mengubal kriteria-kriteria bagi menilai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam untuk peringkat kajian dan pelaksanaan.
- Menyediakan senarai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam bagi peringkat kajian dan pelaksanaan.
- Menyediakan senarai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam mendapatkan pembiayaan / bantuan teknik asing.
- Menyediakan dokumen Rancangan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Lima Tahun.
- Pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan, perubahan skop dan penyediaan notis perubahan bagi projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam.
- Penyediaan kertas kerja / memorandum kepada Jemaah Menteri / Menteri serta agensi-agensi membuat ulasan ke atas Kertas Memorandum Jemaah Menteri.
- Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam.
- Membantu menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor infrastruktur dan kemudahan awam secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas-tugas penyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual secara profesional, cekap berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor-sektor tersebut selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pengwujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh duan (2) minggu setelah menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan
- Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri / Menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan awam dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun.
Carta Organisasi:
Bahagian Pertanian
Hubungi Kami:
Bahagian Pertanian,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 3, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725595
Faks : 03-88883698
Objektif
Bahagian Pertanian diamanahkan untuk menggubal dan mengkaji semula dasar pertanian serta menyediakan rancangan jangka sederhana dan panjang yang komprehensif bagi menjadikan sektor pertanian lebih berdaya saing. Di samping itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab menyediakan halatuju dasar bagi pemodenan dan pembangunan sektor pertanian yang mampan. Sehubungan itu, tumpuan diberi untuk menggalakkan aktiviti berasaskan pertanian bernilai tinggi serta aktiviti-aktiviti lain di sepanjang rantaian nilai. Bahagian berhasrat untuk membangunkan sektor pertanian untuk memanfaatkan peluang pasaran dan meningkatkan keupayaan sektor dalam menangani isu semasa yang berkaitan.
Fungsi Utama
- Mengkaji dasar sedia ada serta menggubal dasar dan strategi baru bagi pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi;
- Menganalisa isu-isu semasa dan trend akan datang berkaitan sektor pertanian serta menjalankan kajian bagi mengenal pasti pendekatan baru untuk meningkatkan inovasi dalam sektor pertanian;
- Menyediakan peruntukan bagi program dan projek-projek pertanian serta menilai kemajuan dan pencapaian pelaksanaannya; dan
- Melaksana, menyelaras dan memantau kajian-kajian mengenai pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Menyedia Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RPLT) dalam tempoh yang ditetapkan secara profesional, cekap dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor pertanian dan industri asas tani berdasarkan jadual penyediaan dokumen RPLT yang ditetapkan serta selaras dengan pencapaian outcome kerajaan di peringkat nasional;
- Menganalisa dan menilai cadangan projek-projek baru serta menyediakan notis perubahan berhubung pindaan siling peruntukan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja setelah maklumat yang lengkap diterima daripada Kementerian;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan belanjawan tahunan bagi program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah RPLT berdasarkan jadual yang telah ditetapkan;
- Menyedia ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan;
- Menyedia maklum balas bagi pertanyaan-pertanyaan berkaitan pembangunan sektor pertanian secara professional dan menyelesaikan masalah berkaitan dalam tempoh tiga hari; dan
- Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung cadangan projek berkaitan dengan pertanian daripada syarikat/konsortium kepada pihak pengurusan MEA dan memaklumkan keputusan kepada pemohon dalam tempoh sebulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima.
Carta Organisasi:
Bahagian Pengurusan Nilai
Hubungi Kami:
Bahagian Pengurusan Nilai,
Aras 5, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725821
Faks : 03-88883637
Objektif
- Melaksanakan Pengurusan Nilai (VM) di peringkat Kajian Nilai (Value Assessment - VA) bagi projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan bernilai RM50.0 juta dan ke atas
- Meluluskan kelayakan ruang bangunan mengikut norma bagi projek RM5.0 juta hingga RM50.0 juta dan projek ubahsuai bangunan bernilai RM1.0 juta ke atas melalui Jawatankuasa Standard dan Kos (JSK)
- Melaksanakan sistem Public Sector Comparator (PSC)
- Memberikan khidmat nasihat dan ulasan dalam isu berkaitan bidang teknikal kepada MEA
- Menggubal dan menambahbaik Pekeliling, Garis Panduan dan lain-lain yang berkaitan VM, JSK atau PSC
- Menganggotai Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP) JPM dalam proses kelulusan penyewaan bangunan swasta (dari aspek kelayakan ruang)
Pengurusan Nilai
Pelaksanaan Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) bertujuan untuk mengenal pasti dan menyedia pilihan serta mengeluarkan komponen serta kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.
VM ditakrifkan sebagai pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif untuk mengkaji keperluan fungsi tertentu sesuatu program, reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program/projek tersebut.
Bagi memastikan perbelanjaan pelaksanaan program/projek mencapai nilai untuk wang (value for money), Kerajaan telah menetapkan supaya semua projek dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun bernilai RM50.0 juta dan ke atas perlu melalui proses pengurusan nilai.
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mengambil satu langkah besar di dalam menjadikan VM sebagai alat perancangan program/projek bermula pada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dengan mengeluarkan Pekeliling UPE Bilangan 3 Tahun 2009 dan dikemaskini dalam Pekeliling UPE Bilangan 1 Tahun 2015 yang memerlukan semua program/projek bernilai RM50.0 juta melalui proses VM.
Proses pengurusan nilai melibatkan semua ‘stakeholders’ untuk menilai dan mencari alternatif dengan kos yang optimum tanpa menjejaskan objektif, fungsi dan kualiti projek.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut :
- Melaksanakan proses pengurusan nilai ke atas program/projek bernilai RM50.0 juta dan ke atas;
- Menyemak, mengkaji dan meluluskan cadangan teknikal dan kos sesuatu permohonan projek yang lengkap berasaskan pematuhan kepada Garis Panduan Jawatankuasa
- Standard dan Kos dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan maklumat yang lengkap;
- Menyemak, mengkaji dan meluluskan permohonan Notis Perubahan (Notice of Change) sesuatu projek yang lengkap dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan;
- Mengemaskini dan menyediakan garis panduan serta mengedarkannya kepada Kementerian/Agensi Pelanggan setelah diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau pihak yang berkenaan;
- Menyemak, memproses dan memberi kelulusan ke atas permohonan memasang alat penyaman udara yang lengkap dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan;
- Menyemak, menilai dan memberi kelulusan ke atas permohonan yang lengkap untuk sewa ruang pejabat dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penerimaan; dan
- Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pelanggan.
Carta Organisasi:
Bahagian Tenaga
Hubungi Kami:
Bahagian Tenaga,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 2, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725855
Faks : 03-88883667
Fungsi Utama
- Menggubal dasar tenaga negara termasuk sektor minyak dan gas;
- Merangka strategi dan inisiatif Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi pembangunan mampan sektor tenaga;
- Memastikan jaminan bekalan tenaga yang berdaya harap dan mampan;
- Menggalakkan pembangunan industri minyak dan gas negara;
- Menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga;
- Menyediakan peruntukan pembangunan untuk pelaksanaan projek dan program berkaitan tenaga.
Bahagian Tenaga sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor tenaga secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor tersebut selaras dengan jadual penyediaan dokumen
- Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baharu dan menyediakan notis perubahan pindaan siling peruntukan dalam tempoh dua minggu setelah menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan
- Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu daripada tarikh diterima;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan
- Menyediakan ulasan dan pandangan kepada cadangan projek berkaitan sektor tenaga kepada pihak pengurusan MEA dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.
Carta Organisasi:
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Hubungi Kami:
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -2, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725550
Faks : 03-88894533
Latar Belakang
- Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam (BKKA) ditubuhkan pada 26 Jun 2007 selaras dengan keputusan Penjenamaan semula MEA
- Punca Kuasa :
- Pekeliling Am Penyediaan Rancangan Malaysia Ke -9.
- Arahan Kabinet untuk melaksanakan projek tertentu (dari masa ke semasa).
- Perkeliling am Bil. 2 Tahun 1990. Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan Kos Bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (JPPN).
- Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996; dan
- Pekeliling dan Surat Perkeliling Perbendaharaan dan Perkhidmatan dan Arahan Pentadbiran.
Objektif
- Merancang dan merangka dasar strategi, polisi, program dan projek pembangunan sektor keselamatan dan sektor pentadbiran am
- Menyemak dan menyediakan peruntukan pembangunan bagi program / projek sektor keselamatan dan sektor pentadbiran am dalam tempoh rancangan Malaysia.
- Memantau kemajuan dan mengkaji isu berbangkit semasa pelaksanaan program dan projek serta mengenal pasti penambahbaikan strategi / program / projek sedia ada.
Fungsi Utama
- Merancang, menyelaras, mengawal dan merangka dasar belanjawan untuk pembangunan sektor keselamatan.
- Merangka dasar perancangan sektoral dan pembangunan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Dan Kajian Separuh Penggal untuk pembangunan sektor keselamatan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sektor keselamatan untuk kelulusan Kabinet dan Parlimen bagi pembangunan keselamatan.
- Menyelaras program pembangunan dan pemeriksaan belanjawan untuk agensi di bawah sektor keselamatan.
Pelanggan
Secara langsung
- Jemaah Menteri
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Dalam Negeri
- Jabatan Perdana Menteri
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Secara tidak langsung
- Orang Awam
- Syarikat Swasta
Kami berjanji akan memastikan pengagihan sumber negara dengan optimum mengikut keutamaan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan agar mencapai matlamat pembangunan seimbang dan bermakna dengan merumus polisi dan strategi yang berkesan. Kami berjanji akan memastikan perancangan yang sewajarnya dalam pembangunan sektor keselamatan negara dilaksanakan secara profesional bagi mencapai status negara maju selaras Wawasan 2020.
- Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dalam bidang pengkhususan kami selaras dengan budaya kerja cemerlang yang menjadi amalan dan pegangan kami dalam penyediaan;
- Rancangan Pembangunan Lima Tahun untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk jangka masa lima tahun;
- Kajian Separuh Penggal untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk jangka masa lima tahun dan
- Kami akan memberikan perkhidmatan yang cekap, bantuan dan panduan kepada Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan lain-lain pihak berkenaan dalam menyelaras dan memantau kajian yang dilaksanakan.
Carta Organisasi:
Carta Organisasi Unit Statik
Hubungi Kami:
Unit Statistik,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 4, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725275
Faks : 03-88883961
Latar Belakang
Objektif
Penubuhan Unit Statistik adalah bertujuan untuk membantu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dalam menyedia statistik yang boleh dipercayai, relevan dan bertepatan masa bagi membantu kerajaan menggubal dasar dan membuat perancangan pembangunan ekonomi dan sosial. Bertanggungjawab sebagai liaison di antara MEA dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai keperluan data, selaras dengan dasar penyebaran data DOSM.
Fungsi Utama
- Menyelaras dan menyedia perangkaan yang relevan dan bertepatan masa untuk keperluan pengguna;
- Bertanggungjawab sebagai liaison antara bahagian-bahagian di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan lain-lain agensi pembekal data; dan
- Memberi khidmat nasihat berkaitan perkara teknikal serta penggunaan statistik secara umum kepada bahagian-bahagian di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Carta Organisasi:
Ekonomi Makro
Hubungi Kami:
Bahagian Ekonomi Makro,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 4, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723246
Faks : 03-88883798
Latar Belakang
Sejak penubuhan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) pada tahun 1961, Bahagian Ekonomi Makro (BEM) bertanggungjawab menyediakan dasar dan strategi ekonomi makro serta unjuran jangka sederhana dan jangka panjang. Ini termasuklah Rancangan Pembangunan Lima Tahun negara hingga yang terkini iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020. Fokus utama adalah untuk menentukan hala tuju pertumbuhan ekonomi negara, sumber-sumber pertumbuhan ekonomi serta siling peruntukan pembangunan. SEM turut memberi khidmat nasihat kepada pihak berkepentingan dan agensi Kerajaan lain mengenai isu-isu semasa dan prospek ekonomi negara termasuklah penyediaan dokumen-dokumen Kerajaan seperti Blueprint Produktiviti Malaysia dan Blueprint Sektor Perkhidmatan di samping terlibat secara aktif dalam program bantuan teknikal kepada negara membangun lain.
Selain itu, BEM juga memainkan peranan yang aktif dalam mengendali dan menyampaikan taklimat perancangan dan pembangunan ekonomi negara, kedudukan semasa ekonomi negara dan menyediakan kertas-kertas isu tertentu. BEM juga diamanahkan untuk mentadbir pangkalan data ekonomi negara untuk kegunaan dalaman dan laman web MEA.
Objektif
- Merangka dasar dan strategi ekonomi makro ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.
- Menyediakan rangka ekonomi makro (macroeconomic framework) bagi menentukan arah untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahap yang optimum dengan menggunakan sumber dalam dan luar negeri dengan cara yang berkesan.
- Memperakukan saiz perbelanjaan sektor awam dengan mengambil kira keupayaan sumber untuk melaksanakan dasar fiskal berhemat.
- Memantau keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan matlamat pembangunan jangka panjang.
Fungsi Utama
- Merangka dasar dan strategi pembangunan berhubung dengan pendapatan negara, keluaran negara, imbangan pembayaran dan akaun sektor awam;
- Membuat unjuran bagi pembolehubah utama ekonomi makro dalam tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk Rancangan Pembangunan Lima
- Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang;
- Menganalisa prestasi dan prospek ekonomi mengikut sektor pengeluaran dalam ekonomi;
- Mengkaji komponen-komponen jumlah permintaan agregat dalam negeri terutama dari segi penggunaan dan pelaburan;
- Mengenalpasti potensi dan sumber baru pertumbuhan ekonomi;
- Mengkaji dan meneliti perubahan struktur ekonomi negara;
- Memantau keberkesanan dasar fiskal, khususnya belanjawan sektor awam yang disatukan dan pembiayaan dan mengkaji perkembangan arah aliran sistem kewangan;
- Memantau dan mengikut perkembangan perdagangan luar negara, imbangan pembayaran dan pertukaran wang asing;
- Membuat analisa dan unjuran KDNK Negeri mengikut sektor;
- Memantau dan memastikan perkembangan harga dalam negeri dalam suasana stabil dan sederhana seperti yang dicerminkan oleh Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar;
- Menyelaras sistem pengesanan daya saing negara atau "Competitiveness Monitoring System' dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
- Mengemaskini website MEA berkaitan dengan petunjuk-petunjuk utama ekonomi terkini;
- Menyediakan buku kecil tahunan "Malaysian Economy in Figures";
- Memantau kedudukan ekonomi dan petunjuk-petunjuk ekonomi terkini serta menyediakan kertas Kedudukan Semasa Ekonomi Negara untuk mesyuarat:
- Majlis Raja-Raja;
- Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan;
- Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri;
- Ketua Jabatan Persekutuan; dan
- Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan
- Menyediakan draf Titah Diraja Perasmian Penggal Parlimen, draf jawapan kepada pertanyaan Parlimen, ulasan kertas Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri;
- Menyedia dan menyampaikan taklimat pembangunan ekonomi Malaysia dan perkara yang berkaitan dengannya kepada Ketua-ketua Negara/ pegawai kanan/ pelawat negara asing/ tempatan dari semasa ke semasa;
- Menjadi urusetia bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia bagi Majlis Produktiviti Negara; dan
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha MEA dari semasa ke semasa.
Bahagian Ekonomi Makro (BEM) berazam untuk merangka dasar dan strategi ekonomi makro ke arah pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Dengan itu, BEM berikrar akan melaksanakan tugas secara objektif dan profesional dalam masa yang ditetapkan selaras dengan fungsi utama bahagian, iaitu:
- Merangka dasar dan strategi pembangunan serta membuat unjuran bagi pembolehubah utama ekonomi makro dalam tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang;
- Mengemaskini data utama ekonomi serta menganalisa prestasi dan prospek ekonomi mengikut sudut permintaan dan penawaran di samping meneliti perubahan struktur ekonomi negara;
- Memantau keberkesanan dasar fiskal, perdagangan luar negara, imbangan pembayaran dan pertukaran wang asing serta perkembangan harga dalam negeri;
- Mengenalpasti potensi dan sumber baru pertumbuhan ekonomi;
- Tugasan lain termasuk menyediakan:
- Buku kecil tahunan "Malaysian Economy in Figures";
- Kertas Kedudukan Semasa Ekonomi Negara untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja; Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan; Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri; Ketua Jabatan Persekutuan; dan Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan;
- Menyediakan draf Titah Diraja Perasmian Penggal Parlimen, draf jawapan kepada pertanyaan Parlimen, ulasan kertas Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
- Menyedia dan menyampaikan taklimat pembangunan ekonomi Malaysia dan perkara yang berkaitan dengannya kepada Ketua-ketua Negara/ pegawai kanan/ pelawat negara asing/ tempatan dari semasa ke semasa.
Carta Organisasi:
Bahagian Industri Perkhidmatan
Hubungi Kami:
Bahagian Industri Perkhidmatan,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 4, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725478
Faks : 03-88895799
Latar Belakang
Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) ditubuhkan dari program penjenamaan semula SIP di bawah Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2007. Memulakan operasi pada 1 Ogos 2007, penubuhan Bahagian ini adalah atas justifikasi memberikan lebih perhatian kepada pembangunan sektor perkhidmatan yang dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Objektif
Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) bertanggungjawab merancang, merangka dasar, strategi dan program pembangunan sektor perkhidmatan dalam usaha mengukuhkan sektor ini sebagai sektor peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Dalam mencapai objektif ini, enam (6) unit ditubuhkan selaras dengan sub-sektor tumpuan iaitu:
- Unit Makro, Kewangan & Industri Halal
- Unit Perkhidmatan Perniagaan & Profesional (BPS), Multilateral & Kesihatan Swasta
- Unit Bilateral Trade, Pendidikan Swasta & Pembinaan
- Unit Perdagangan Pengedaran (DT), Dasar Persaingan, Logistik, Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan (MRS) & Enterpris Kecil dan Sederhana (SME)
- Unit Kebudayaan dan Industri Kreatif
- Unit Pelancongan
Fungsi Utama
- Merancang, merangka dasar, strategi serta program pembangunan sektor perkhidmatan.
- Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan.
- Memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek berdasarkan KPI/hasil.
- Mengkaji semula dasar, strategi, program dan mencadangkan penyesuaian serta perubahan.
- Menjalankan penyelidikan ekonomi dan intelligence.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor perkhidmatan secara produktif, profesional dan berkesan;
- Menyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program/projek mengikut sub-sektor keutamaan selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan
- Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Melaksanakan pemantauan dan penilaian program/projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian
- Separuh Penggal serta memperaku pindaan siling peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Menyediakan ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan;
- Ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri akan disediakan dengan kadar yang lebih singkat mengikut keperluan pelanggan, tertakluk kepada maklumat yang mencukupi;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan Parlimen berkaitan sektor perkhidmatan dan mengambil tindakan penyelarasan secepat mungkin secara tepat dan jelas.
Carta Organisasi:
Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi
Hubungi Kami:
Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 4, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
Tel. No. : 03-88725497
Fax : 03-88883644
Latar Belakang
Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah eksport dan kedua terbesar kepada KDNK. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan bahagian penting dalam ekonomi dari segi pengeluaran, pembentukan pekerjaan dan memudahkan pengagihan pendapatan yang saksama. Dalam agenda pembangunan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara terutamanya dalam sektor pembuatan dan PKS, bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) memainkan peranan yang penting.
Objektif
Bahagian Industri Pembuatan, Sains & Teknologi bertanggungjawab dalam merancang dan merangka dasar, strategi dan program untuk sektor pembuatan, bidang STI dan pembangunan PKS untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan Malaysia kekal di landasan untuk menjadi negara maju dan inklusif.
Fungsi Utama
- Merangka, merancang dan mengkaji dasar, strategi dan program pembangunan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi dalam meneraju pertumbuhan ekonomi negara;
- Menilai, menyelaras dan memperaku program/projek pembangunan bagi Kementerian dan agensi berkaitan dalam pembangunan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi;
- Memantau dan mengkaji semula pelaksanaan dasar, strategi dan program/projek pembangunan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi;
- Menjalankan kajian penyelidikan untuk penyediaan profil dan laporan pengembangan sektor pembuatan, PKS serta sains dan teknologi; dan
- Menjadi focal point dalam pelaksanaan Revolusi Perindustrian Keempat merentasi semua Kementerian dan agensi.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor Pembuatan, PKS, serta sains dan teknologi secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku program/projek pembangunan di bawah Sektor Pembuatan, PKS, Sains dan Teknologi sektor selaras dengan dokumen penyediaan dokumen Lima Tahun Pembangunan dan Kajian Separuh Penggal untuk Lima Tahun Pembangunan Rancangan;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baharu dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan belanjawan untuk program/projek pembangunan yang diluluskan di bawah Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Lima Tahun;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Majlis-majlis yang terdiri daripada MEA dalam sektor Pembuatan, PKS serta Sains dan Teknologi dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan;
- Menjawab semua pertanyaan berkaitan sektor Pembuatan, PKS serta Sains dan Teknologi dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun; dan
- Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung dengan permohonan melaksanakan projek untuk sektor Pembuatan, pembangunan PKS serta Sains dan
- Teknologi kepada pihak pengurusan MEA dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan selamat.
Carta Organisasi:
Bahagian Bajet Pembangunan
Hubungi Kami:
Bahagian Bajet Pembangunan,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 2, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725446
Faks : 03-88883768
Fungsi Utama
- Merancang, menggubal serta menilai semula dasar dan strategi bajet pembangunan bagi memastikan dasar dan strategi tersebut selaras dengan dasar Rancangan Pembangunan;
- Menilai dan mengkaji semula keberkesanan dasar dan strategi perancangan program dan projek bagi memastikan rancangan jangka panjang yang bersepadu dan terselaras dapat disediakan;
- Menyelaras agihan siling peruntukan bajet pembangunan secara rolling plan bagi Rancangan Pembangunan Malaysia;
- Memantau dan menilai status pelaksanaan program dan projek secara keseluruhan termasuk prestasi kewangan, fizikal dan outcome;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan notis perubahan secara online daripada kementerian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah menerima maklumat lengkap;
- Mengenal pasti keperluan latihan perancangan program dan projek Kementerian dan agensi bagi membuat cadangan kandungan dan bentuk latihan yang sesuai;
- Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian dan agensi dalam aspek perancangan program dan projek, agihan bajet pembangunan serta pelaksanaan pendekatan berasaskan outcome; dan
- Menyelaras dan memantau prestasi pencapaian Inisiatif Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
- Menyelaras agihan siling peruntukan pembangunan bagi program dan projek secara rolling plan setiap tahun bagi Rancangan Pembangunan Malaysia;
- Menyediakan garis panduan pemeriksaan bajet pembangunan bagi setiap Rancangan Pembangunan Malaysia;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan notis perubahan secara online daripada kementerian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah menerima maklumat lengkap;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri, Majlis Ekonomi dan Y.B. Menteri dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh arahan;
- Memberi khidmat nasihat secara professional dalam aspek perancangan program dan projek,agihan bajet pembangunan serta pelaksanaan pendekatan berasaskan outcome; dan
- Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan mesra pelanggan.
Carta Organisasi:
Bahagian K-Ekonomi
Hubungi Kami:
Bahagian K-Ekonomi,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 1, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723312
Faks : 03-88891169
Latar Belakang
Bahagian K-Ekonomi (BKE) telah dibentuk menerusi penyusunan semula Seksyen Penilaian, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2007. Bahagian ini diwujudkan bagi menyokong pembentukan ekosistem yang kondusif untuk pembangunan industri ICT serta memperluas penggunaan ICT dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Fungsi ini adalah selaras dengan usaha untuk mentransformasi negara ke arah sebuah ekonomi digital berasaskan pengetahuan yang berinovatif.
Objektif
- Merancang dasar dan strategi pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan melalui inovasi dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing dan penjanaan kekayaan;
- Mengoptimumkan pengagihan sumber kewangan melalui peruntukan Bajet Pembangunan bagi program dan projek ekonomi digital; dan
- Menyelaras dan memantau sektor ICT bagi meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.
Fungsi Utama
- Merancang dasar dan strategi pembangunan ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam dalam:
- menambah baik infrastruktur digital
- membangunkan industri digital
- meningkatkan kandungan digital dan keselamatan siber
- memantau inisiatif strategik dan ekonomi digital
- memperkukuh pembangunan bakat ICT
- mentransformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan
- menjalankan kajian bagi memantapkan dasar dan strategi
- Mengoptimum pengagihan sumber kewangan melalui peruntukan Bajet Pembangunan bagi program dan projek pembangunan ekonomi digital
- menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun bagi program dan projek
- Menyelaras dan memantau pembangunan ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam
- mewujudkan persekitaran yang dinamik bagi industri ICT
- menambah baik liputan dan kualiti infrastruktur digital
- menambah baik pembangunan kandungan digital tempatan
- melaksanakani inisiatif strategik bagi ekonomi digital
- meningkatkan inklusiviti digital bagi membina masyarakat yang produktif dan sejahtera
- meningkatkan keselamatan siber untuk kesejahteraan masyarakat
- memantapkan penyampaian perkhidmatan secara komprehensif dan bersepadu
- Berperanan sebagai urus setia mesyuarat dan ahli jawatankuasa berkaitan ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam
- menentukan hala tuju dan menyediakan input berkaitan
Aktiviti Utama Bahagian K-Ekonomi Mengikut Unit
- Pengukuhan Infrastruktur Digital
- Merancang, mengkaji serta mengenal pasti keperluan infrastruktur digital, infrastruktur penyiaran digital dan infrastruktur bandar pintar
- Merancang dan menyelaras peningkatan inklusiviti digital bagi membina masyarakat yang produktif dan sejahtera
- Menyediakan laporan/input berkaitan infrastruktur digital untuk pertimbangan pengurusan MEA, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) dan Jemaah Menteri
- Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek infrastruktur digital bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, BERNAMA dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
- Menyelaras pelaksanaan Teras 5 (RMKe-11), Bidang Fokus C : Menambah baik liputan dan kualiti serta kemampuan langganan infrastruktur digital
- Pembangunan Industri Digital
- Merancang, mengkaji serta mengenal pasti keperluan sektor ICT bagi tujuan penggubalan dasar dan strategi
- Mengenal pasti teknologi berpotensi yang boleh dibangunkan bagi memanfaatkan sektor ICT selaras dengan pembangunan ekonomi digital
- Merancang, mengkaji dan menyokong inisiatif Hab Pengujian Perisian Malaysia
- Merancang, mengkaji dan menyokong pembangunan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) dalam bidang ICT
- Menyediakan laporan/input berkaitan industri digital, R&D ICT, e-Dagang dan e-Commerce untuk pertimbangan pengurusan MEA, JPPN, MSC Malaysia Implementation Council Meeting (ICM) dan Jemaah Menteri
- Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek industri digital, R&D ICT dan e-Commerce bagi KKMM, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MYNIC Berhad, MIMOS, Cradle Fund Sdn Bhd (CFSB) dan Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
- Menyelaras pelaksanaan Technical Working Group Kertas Strategi 15 (RMKe-11): Memacu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
- Pembangunan Kandungan Digital Dan Keselamatan Siber
- Merancang, mengkaji dan menyokong pembangunan kandungan digital tempatan dan industri keselamatan siber bagi meningkatkan sumbangan kepada ekonomi digital
- Merancang, mengkaji dan menyokong pembangunan e-Dagang bagi meningkatkan produktiviti dan sumbangan kepada ekonomi digital
- Menyediakan laporan/input berkaitan kandungan dan media, keselamatan siber, untuk pertimbangan pengurusan MEA, JPPN, ICM dan Jemaah Menteri
- Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek kandungan digital dan keselamatan siber bagi KKMM, MDEC, FINAS, dan CyberSecurity Malaysia (CSM) serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
- Pemantauan Ekonomi Digital
- Merangka dan menjalankan kajian berkaitan ekonomi berasaskan pengetahuan dan ekonomi digital
- Memantau dan menganalisis kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam berdasarkan penandaarasan United Nations e–Government Development Index (UNeGDI)
- Menyediakan input dan ulasan bagi laporan berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan ekonomi digital seperti Digital Economy Satellite Account (DESA) dan ICT Satellite Account (ICTSA)
- Menyelaras laporan dan maklum balas Sustainable Development Goals (SDG) bagi BKE
- Menyediakan laporan dan input berkaitan Inisiatif Strategik ekonomi digital untuk pertimbangan pengurusan MEA, JPPN, ICM dan Jemaah Menteri berkaitan SDG, DESA, UNeGDI
- Pembangunan Bakat
- Merancang dan mengukuhkan pembangunan modal insan ICT berkualiti tinggi selaras dengan keperluan industri
- Menyelaras dan memantau penubuhan Board of Computing Professionals Malaysia (BCPM)
- Menyelaras aktiviti bagi mempergiatkan jalinan kerjasama industri-akademia dalam bidang ICT
- Menyediakan laporan dan input berkaitan pembangunan bakat ICT untuk pertimbangan pengurusan MEA, JPPN dan Jemaah Menteri
- Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek pembangunan bakat ICT bagi KKMM, MDEC dan FINAS serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
- Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam
- Merancang, mengkaji dan mengenal pasti penambahbaikan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam
- Menyokong pelaksanaan penyusunan semula dan pewajaran saiz perkhidmatan awam bagi meningkatkan produktiviti dan prestasi penyampaian perkhidmatan
- Menyediakan laporan/input berkaitan penyampaian perkhidmatan Kerajaan untuk pertimbangan pengurusan MEA, JPPN dan Jemaah Menteri
- Menilai, menyelaras, memperaku dan memantau peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun bagi program dan projek penyampaian perkhidmatan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan (MoF), KATS dan KKMM serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
- Menyelaras pelaksanaan Bab 9 (RMK-11) : Mentransformasi Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang. Perancangan pembangunan lima tahun dan kajian separuh penggal mengikut jadual secara profesional, berkualiti dan berkesan.
- Merancang pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan secara proaktif dan berkesan.
- Memantau dan menilai pelaksanaan dasar dan program di bawah pelan induk pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta program lain yang berkaitan dan menyediakan laporan mengenainya dua kali setahun.
- Menjalankan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan serta bidang yang berpotensi yang boleh dibangun dan digalakkan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
- Menjalankan kajian impak ke atas isu-isu tertentu dari masa ke masa.
- Menyediakan ulasan ke atas memorandum jemaah menteri dalam tempoh dua minggu.
- Menyediakan maklum balas kepada Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan.
- Menjawab semua pertanyaan berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan secara profesional.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
Carta Organisasi:
Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli
Hubungi Kami:
Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -1, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723230
Faks : 03-88884323
Latar Belakang
Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli atau SEASSA, adalah seksyen yang ditubuhkan mengikut keputusan waran A106 dan A110 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa Jun 2003 di bawah Bahagian Perancangan Makro, Unit Perancang Ekonomi. Sebelum ini, SEASSA adalah merupakan salah satu sub-seksyen di Seksyen Ekonomi Wilayah dan Alam Sekitar (SEW&AS).
Pembangunan mampan melibatkan pembangunan sosio-ekonomi yang mendatangkan impak minima ke atas alam sekitar dengan menggunakan sumber secara optima bagi memastikan hak generasi yang akan datang. Justeru, penubuhan SEASSA adalah bagi memastikan perancangan pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan melalui penggubalan dasar dan perancangan pembangunan yang seimbang dan efektif dengan mengambilkira kepentingan ketiga-tiga dimensi pembangunan mampan seperti ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ini adalah untuk menyokong pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020 dan pada masa yang sama memastikan penekanan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi yang dapat menjamin kualiti alam sekitar yang baik secara berterusan dan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat kepada rakyat. SEASSA berperanan sebagai focal point di MEA dalam menggalakkan pertumbuhan mampan melalui pendekatan pertumbuhan hijau yang memastikan semua sektor ekonomi mengambilkira kepentingan alam sekitar, kemampanan sumber asli dan daya tahan yang tinggi dalam perancangannya.
Seterusnya, SEASSA juga menilai keperluan dan keberkesanan serta memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi memastikan ia mencapai objektif pembangunan mampan negara. Bagi menyokong inisiatif kementerian/agensi, SEASSA juga mengambil peranan proaktif khususnya dalam pelaksanaan kajian-kajian strategik yang dapat membawa negara ke arah pembangunan mampan dan seterusnya mengukuhkan institusi dan kapasiti bagi menangani isu-isu alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan peranan dan tanggungjawab SEASSA dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan, struktur organisasi SEASSA dibahagikan kepada lima sub-sektor utama seperti berikut:
- Pengurusan Alam Sekitar;
- Pengurusan Sumber Asli;
- Pengurusan Sumber Air;
- Pengurusan Tanah, Ukur Sempadan dan Marin;
- Pembangunan Mampan
Objektif
- Mencapai matlamat perlindungan alam sekitar secara berkesan dengan menggalakkan penggunaan sumber asli secara optima dan mengurangkan impak negatif aktiviti pembangunan ke atas alam sekitar;
- Mewujudkan satu campuran dasar, amalan dan teknologi yang bersesuaian untuk memastikan pembangunan sosio-ekonomi yang yang mengambilkira kepentingan perlindungan alam sekitar;
- Meningkatkan penggunaan dasar fiskal dan menggalakkan penggunaan instrumen berasaskan pasaran;
- Memperkukuhkan mekanisme institusi, perundangan dan peraturan berkaitan bagi menyepadukan pertimbangan alam sekitar dalam perancangan pembangunan dan menangani isu alam sekitar dan pengagihan sumber
- Mengawasi dan menyertai perundingan alam sekitar di peringkat antarabangsa untuk memastikan kepentingan negara tidak dikompromi
Fungsi Utama
- Memantau dan memudahcara pelaksanaan projek-projek pembangunan sumber asli dan alam sekitar yang melibatkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC);
- Mempromosi dan membangunkan polisi/pelan/program berkaitan ekonomi alam sekitar dan sumber asli supaya selari dengan objektif pembangunan mampan;
- Menjalankan kajian berkenaan instrumen ekonomi berkaitan alam sekitar dan sumber asli untuk meneliti kebolehupayaan instrumen perancangan untuk diadaptasikan dalam perundangan alam sekitar;
- Merancang, menyelaras dan memudahcara serta memantau pelaksanaan program-program bantuan dua hala dan pelbagai hala serta program bantuan teknikal serantau berkaitan ekonomi alam sekitar dan sumber asli (tidak termasuk program di bawah biayaan GEF);
- Bertindak sebagai focal point bagi High Level Political Forum (HLPF) on Sustainable Development dan seterusnya menyelaras isu-isu antarabangsa yang berkaitan dengan pembangunan mampan,bina upaya dan pengukuhan institusi;
- Menyertai perundingan alam sekitar dan sumber asli di peringkat antarabangsa berkaitan pembangunan mampan, perubahan iklim dan biodiversiti seperti konvensyen alam sekitar seperti HLPF, United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), United Nations Convention on Biological Diversity (UNCBD) dan United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) untuk memastikan kepentingan ekonomi negara tidak dikompromi;
- Memudahcara serta menilai pelaksanaan program dan projek yang melibatkan komitmen negara di peringkat antarabangsa dan nasional serta perjanjian pelbagai hala seperti perundingan/ persidangan/ mesyuarat yang berkaitan dengan isu-isu pengurusan alam sekitar dan sebagainya ke arah mencapai pembangunan mampan;
- Menyelaras perundingan antara agensi-agensi persekutuan dan negeri dalam membuat keputusan yang lebih baik berkaitan isu-isu ekonomi alam sekitar dan pengurusan sumber semulajadi;
- Menyediakan dan menyelaras ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri, menyelaras maklumbalas kepada keputusan Jemaah Menteri/ Menteri/Majlis-majlis yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar dan sumber asli;
- Menyediakan dan menyelaras kertas dasar, kertas makluman, nota iktisar dan slaid persembahan mengenai pembangunan alam sekitar dan sumber asli dari aspek ekonomi;
Menjalankan kajian mengenai isu berkaitan alam sekitar untuk analisis bagi perancangan pembangunan mampan negara; dan - Bekerjasama dengan jabatan, agensi dan organisasi bukan kerajaan dalam mengadakan kajian, seminar dan dialog mengenai isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber asli.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Merancang dan melaksanakan kajian mengenai isu alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli dengan teliti, prihatin dan cekap selaras dengan matlamat kajian dalam tempoh masa ditetapkan;
- Menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi mengurus alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli ke arah mencapai pembangunan mampan dan lestari;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/ Menteri dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan berkaitan dengan isu-isu pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli secara profesional.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Ekuiti
Hubungi Kami:
Bahagian Pembangunan Ekuiti,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 5, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725338
Faks: 03-88882790
Lima Fungsi Umum
- PENGGUBALAN DASAR, STRATEGI DAN PROGRAM. Isi Rumah Berpendapatan 40% Terendah dan Agenda Pembangunan Bumiputera.
- Mengkaji semula keberkesanan dasar, strategi dan program sedia ada;
- Merangka/ menggubal strategi dan program baru yang lebih efektif dan relevan mengikut masa; dan
- Memantau keberkesanan pelaksanaan strategi dan program bagi mencapai sasaran strategik bagi pembangunan sosio-ekonomi kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah - Bottom 40% (B40) dan Agenda Pembangunan Bumiputera.
- KAJIAN. Mengkaji dan menganalisis isu serta mengemukakan cadangan dasar strategi dan program bagi menangani isu berhubung dengan Bottom 40% dan Agenda Pembangunan Bumiputera.
- PEMBANGUNAN KAPASITI. Pembangunan "Multidimensional Poverty Model"
- Latihan dan pembangunan kemahiran melalui kursus dan program pendedahan;
- Menilai/mengenalpasti keperluan dan mengkaji "gap" maklumat dan perangkaan bagi pembangunan model/indeks; dan
- Merangka model/indeks pengukuran multidimensional poverty.
- PEMBANGUNAN DATA. Pengumpulan, penyusunan, analisis dan penyebaran (dissemination) data/ maklumat bagi B40 dan pembangunan Bumiputera.
- Metrik penyertaan Bumiputera (pendidikan latihan/ pendapatan/ ekuiti/ guna tenaga)
- Bumiputera berwibawa / berpotensi;
- Guna tenaga (profesional, skill, high paid job, sector, occupation);
- B40 dan agihan pendapatan (kemiskinan, income, socio demographic profiling);
- Hartanah (bangunan dan tanah); dan
- Lain-lain yang akan dikenalpasti.
- AKTIVITI KAWAL SELIA SEKTOR. Menimbang cadangan:
- pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan/agensi Kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas rayuan; dan
- berkaitan ketetapan garis panduan.
Senarai Tugas
Penyertaan Bumiputera
- Merangka dasar dan strategi bagi mencapai matlamat penyusunan semula hak milik, dan guna tenaga dalam konteks dasar pengagihan negara;
- Mengumpul data/maklumat mengenai hak milik dan guna tenaga mengikut kumpulan etnik, sektor ekonomi dan kategori pekerjaan;
- Mengemaskini metodologi dalam pengiraan anggaran pemilikan modal saham sektor korporat dan guna tenaga mengikut sektor, pekerjaan dan kumpulan etnik;
- Menganalisis ketidakseimbangan yang wujud dalam pemilikan & penguasaan sektor korporat & bukan korporat dan penyertaan dalam guna tenaga;
- Memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan dasar dan strategi penyusunan semula masyarakat serta membangunkan pangkalan data mengenai penyertaan Bumiputera dalam ekonomi;
- Mengemukakan cadangan bagi membantu pencapaian matlamat keseimbangan dalam pemilikan dan penyertaan dalam ekonomi;
- Merancang dasar pembangunan tanah wakaf, zakat dan baitulmal selaras dengan matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat;
- Menyediakan laporan berkala mengenai kemajuan penyertaan Bumiputera secara berkala untuk makluman pengurusan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Kawal Selia Sektor
- Menimbang cadangan pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan / agensi Kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas
- Menyelaras dan menyedia kertas dasar ke atas isu-isu seperti peranan pengawal selia sektor dan mengemaskini garis panduan dari semasa ke semasa
- Memberi khidmat nasihat berkaitan Garis Panduan Perolehan Hartanah (garis panduan) yang diterima dan menimbang rayuan berkaitan ketetapan garis panduan.
Pembangunan Usahawan
- Menyelaras siling dan memantau pelaksanaan program / projek RMKe-11 bagi sektor usahawan
- Melaksanakan program dan projek yang melibatkan agensi Kerajaan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDCs) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs)
- Menjalankan kajian dasar dan kajian keberkesanan untuk menambahbaik program / projek Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
- Merangka dan merancang dasar dan strategi yang dapat mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian
- Memantau dan mengawal serta menilai keberkesanan pelaksanaan strategi inisiatif bagi MPPB yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan
- Menguatkuasakan pelaksanaan program-program MPPB oleh kementerian/agensi termasuk syarikat berkaitan Kerajaan yang dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaannya berkesan dan mencapai matlamat/impak
- Menjadi platform interaksi dan fasilitator antara sektor awam dan swasta dalam menjayakan agenda MPPB
- Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh YB Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari semasa ke semasa.
Pembangunan Inklusif
- Merangka dasar, strategi dan program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan;
- Mengumpul, menganalisis data/maklumat mengenai pembasmian kemiskinan & agihan pendapatan di kalangan semua kumpulan etnik;
- Menganalisis trend serta kedudukan kemiskinan dan ketidakseimbangan pendapatan dan unjuran jangka pendek dan jangka panjang yang dibuat menggunakan model ekonomi yang dibangunkan selaras dengan matlamat dan sasaran kemiskinan;
- Menyelaras dan menyelia pelaksanaan kajian-kajian mengenai kemiskinan dan agihan pendapatan;
- Menyelaras dan mengemaskini metodologi pengiraan pendapatan garis kemiskinan dan pengukuran kemiskinan;
- Membangunkan pangkalan maklumat kemiskinan dan agihan pendapatan berasaskan banci, kajian dan penyiasatan-penyiasatan khas;
- Menyelaras dan membantu keperluan aliran maklumat kepada agensi-agensi lain sama ada sektor awam mahupun swasta;
- Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek kemiskinan;
- Menilai keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan;
- Mengemukakan cadangan dan syor mempertingkatkan keberkesanan program pembasmian kemiskinan di bandar dan luar bandar serta agihan pendapatan;
- Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Y.B. Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari semasa ke semasa.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:-
- Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Rolling Plan mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan.
- Memastikan penggubalan dasar dan strategi pembangunan inklusif dan penyertaan bumiputera akan memberi perhatian utama kepada golongan yang ketinggalan.
- Memastikan penggubalan dasar dan strategi tidak akan menjejaskan keistimewaan golongan-golongan tertentu seperti mana tertaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Memastikan penyediaan rangka dasar dan strategi yang berkesan untuk mencapai aspirasi Kerajaan serta memenuhi keperluan masyarakat dan kumpulan sasaran.
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu.
- Menyediakan maklum balas kepada Keputusan Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan Bahagian Pembangunan Ekuiti dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan-santun.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
Carta Organisasi:
Bahagian Unit Audit Dalam
Hubungi Kami:
Unit Audit Dalam,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
(Maklumat sedang dikemaskini)
Penubuhan Unit Audit Dalam Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merupakan satu kementerian baru yang telah ditubuhkan pada 18 Mei 2018 rentetan daripada Pilihanraya Umum ke-14. Justeru, selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian Atau Jabatan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri, Kementerian ini telah menubuhkan Unit Audit Dalam yang diberi nama Unit Audit Dalam Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2019.
Visi
Menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Misi
Menjalankan pengauditan secara profesional ke arah meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dan program/aktiviti/projek Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Objektif
Membantu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dengan menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
Fungsi Unit Audit Dalam
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
- Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
- Mengkaji asset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
- Memberi nasihat/pandangann mengenai kawalan dalaman terhadap semua system termasuk ICT;
- Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkenaan hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan;
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi; dan
- Membentangkan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.
- Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada Standard Pengauditan Antarabangsa;
- Mengeluarkan laporan/pemerhatian audit dalam tempoh 1 bulan selepas selesai kerja pengauditan; dan
- Menyediakan Laporan Tahunan Audit Dalam sebelum akhir bulan Mac tahun berikutnya.
Carta Organisasi:
Bahagian Perkhidmatan Sosial
Hubungi Kami:
Bahagian Perkhidmatan Sosial,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 3, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725574
Faks : 03-88883689
Objektif
- Merangka dasar dan strategi untuk memastikan penggunaan sumber secara optimum bagi sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, perpaduan serta pembangunan belia dan sukan;
- Menyediakan rangka kerja perancangan sektoral untuk jangkamasa sederhana dan panjang;
- Menganalisa serta mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan sektor-sektor di atas;
- Mengkaji dan menyediakan peruntukan pembangunan lima tahun untuk program dan projek pembangunan serta menilai pencapaian dan kemajuan setiap projek;
Fungsi Utama
- Merancang pembangunan sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, perpaduan serta pembangunan belia dan sukan
- Menyediakan input Rancangan Malaysia Lima Tahun, Kajian Separuh Penggal dan Sustainable Development Goals Roadmap.
- Menilai, menyelaras dan memperakukan peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor-sektor di atas secara Rolling Plan selaras dengan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
- Mengkaji, memproses dan memperakukan permohonan Notis Perubahan bagi program/projek yang diluluskan seperti pindaan skop, kos dan siling projek termasuk pewujudan projek baharu.
- Membuat pemeriksaan bajet bagi peruntukan pembangunan (DE) tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.
- Menyediakan ulasan dan maklumbalas ke atas Memorandum Jemaah Menteri, keputusan Jemaah menteri/Menteri berkaitan sektor kesihatan, perumahan,kerajaan tempatan, pembangunan keluarga dan masyarakat, perpaduan, pembangunan belia dan sukan, serta lain-lain perkhidmatan sosial.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor perkhidmatan sosial secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor perkhidmatan sosial selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan;
- Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan sektor perkhidmatan sosial dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun; dan
- Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung permohonan melaksanakan projek sektor perkhidmatan sosial kepada pihak pengurusan MEA dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur dan sistematik.
Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Wilayah
Hubungi Kami:
Bahagian Pembangunan Wilayah,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 3, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel : 03-88723210
Faks :03-88883833
Latar Belakang
Bahagian Pembangunan Wilayah (BPW) adalah hasil daripada penubuhan semula Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang telah dilaksanakan pada bulan Januari 2019. BPW terbahagi kepada 3 unit iaitu Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Koridor, Aglomerasi Bandar.
Objektif Utama
Memastikan perancangan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat wilayah, negeri dan antara negeri, bandar dan luar bandar, bagi mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Seksyen Pembangunan Wilayah juga mengambilkira kepentingan alam sekitar dan pembangunan mampan dalam penggubalan dasar, strategi dan program pembangunan.
Fungsi Utama
Bahagian Pembangunan Wilayah diwujudkan di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan fungsinya seperti berikut:
- Menggubal dasar, strategi, program dan arah tuju mengenai pengagihan aktiviti-aktiviti sosio ekonomi dan infrastruktur serta penyediaan ameniti sosial yang berkualiti untuk meningkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar;
- Merancang, merangka, menilai dan membuat analisa terhadap dasar-dasar dan strategi untuk pembangunan wilayah dan koridor;
- Mengkaji semula dan menggubal dasar strategi Dasar Perbandaran Negara yang meliputi aglomerasi dan konurbasi Bandar; dan
- Menilai cadangan projek dan mencadangkan siling peruntukan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi projek infrastruktur, utiliti dan projek ameniti sosial, terutamanya di kawasan luar bandar dan koridor ekonomi.
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan wilayah secara proaktif, professional dan berkesan;
- Menilai, mengkaji dan menyelaras cadangan strategi dan program yang dikemukakan oleh agensi dan membuat ulasan secara telus demi kepentingan keseimbangan wilayah;
- Menyedia, mengenalpasti dan memperbaiki pelaksanaan program atau projek bagi Rancangan Lima Tahun secara profesional, cekap dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah pembangunan wilayah selaras dengan pencapaian outcome di peringkat nasional;
- Menganalisa dan menilai cadangan projek-projek baru serta menyediakan notis perubahan berhubung pindaan siling peruntukan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja setelah maklumat yang lengkap diterima daripada Kementerian; dan
- Menyediakan kertas kerja/ulasan/maklum balas bagi isu-isu dan perkara-perkara yang berkaitan pembangunan wilayah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Hubungi Kami:
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 3, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725311
Faks : 03-88883857
Objektif
Menentukan kualiti modal insan selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi negara
Fungsi
- Mengenal pasti dan menganalisis isu-isu berkaitan pembangunan modal insan dan pasaran buruh serta mengemukakan cadangan untuk menanganinya;
- Menggubal dasar dan strategi pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan sistem penyampaian menyediakan modal insan berkelayakan tinggi yang mencukupi bagi memastikan kemampanan pertumbuhan dan daya saing ekonomi;
- Menyediakan unjuran kependudukan dan tenaga buruh serta guna tenaga mengikut sektor ekonomi, kumpulan pekerjaan utama dan pekerjaan terpilih bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang;
- Menggubal dasar dan strategi kependudukan, tenaga buruh, guna tenaga dan pasaran buruh untuk meningkatkan penggunaan tenaga kerja tempatan dan memastikan keberkesanan dan kecekapan fungsi pasaran buruh;
- Menilai dan menyediakan peruntukan pembangunan untuk program dan projek pendidikan dan latihan serta memantau pelaksanaannya;
- Menilai impak program dan projek pembangunan modal insan; dan
- To act as the secretariat to the national advisory council on education and training.
Carta Fungsi Bahagian Pembangunan Modal Insan
Pendidikan Sekolah, Pendidikan Tinggi, Latihan, Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Merancang dan menggubal dasar serta strategi mengenai pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
- Menyedia kertas-kertas dasar mengenai pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
- Mengumpul data/maklumat mengenai pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat seperti pengambilan, enrolmen, output pelajar, kemudahan pendidikan, tenaga pengajar dan sebagainya
- Menentukan keutamaan projek dan menyediakan peruntukan termasuk pindaan program/projek dan peruntukan
- Membuat penilaian dan analisis impak ke atas projek dan program pendidikan sekolah, pendidikan tinggi, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
- Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan tahunan dan rancangan lima tahun
- Menyelaras & menyertai aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan di peringkat antarabangsa seperti APEC & ASEAN.
Kependudukan, Tenaga Buruh & Guna Tenaga
- Merancang dan menggubal dasar dan strategi kependudukan, tenaga buruh dan guna tenaga
- Membangun pangkalan data mengenai struktur kependudukan, tenaga buruh dan guna tenaga mengikut sektor ekonomi
- Menyediakan unjuran penduduk, tenaga buruh dan guna tenaga mengikut sektor ekonomi
- Mengkaji dan menilai internal migration pattern
- Mengkaji dan menganalisis struktur demografi penduduk serta menilai implikasinya terhadap tenaga buruh negara
- Menilai impak projek dan program berkaitan kependudukan terhadap struktur demografi negara
- Menilai dasar dan strategi berkaitan dengan pengambilan pekerja asing serta kesannya terhadap struktur demografi negara
- Memantau program meningkatkan penyertaan wanita, belia, orang tua dan orang kurang upaya ke dalam pasaran buruh
Pasaran Buruh
- Merancang dan menggubal dasar dan strategi pasaran buruh
- Membangun pangkalan data mengenai guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama dan pekerjaan terpilih serta upah dan produktiviti
- Mengumpul, mengemaskini dan menganalisis petunjuk utama maklumat pasaran buruh
- Mengkaji keperluan jenis-jenis pekerjaan baru
- Menyediakan unjuran guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama dan pekerjaan terpilih
- Memantau strategi dan program berkaitan pasaran buruh
- Membangun pangkalan data sebagai petunjuk pembangunan modal insan peringkat antarabangsa seperti OECD, ASEAN, APEC
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut :
- Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual serta secara professional, cekap berkualiti dan berkesan;
- Menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan sumber manusia untuk tempoh jangka pendek, pertengahan dan panjang bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manusia;
- Menyedia dan membekalkan unjuran guna tenaga mengikut sektor dan pekerjaan di peringkat satu digit dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh penerimaan data terkini dan unjuran KDNK dari agensi yang memohon;
- Menyedia dan membekal unjuran penduduk mengikut etnik utama dan struktur umur untuk tujuan perancangan dalam tempoh masa yang ditetapkan;
- Menyedia maklumat suku tahunan kadar pengangguran dan maklumat bulanan trend produktiviti dan upah bagi sektor pembuatan serta maklumat mingguan pemberhentian pekerja, kekosongan jawatan dan pendaftar baru dalam tempoh masa yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Memainkan peranan sebagai focal point dalam menyelaras tindakan dan penglibatan Malaysia yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia di persidangan antarabangsa;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
Carta Organisasi:
Bahagian Penyelarasan, Kawalan & Pemantauan
Hubungi Kami:
Bahagian Penyelarasan, Kawalan & Pemantauan,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 2, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723365
Faks : 03-88882999
UNIT AGENSI
- Merangka dan melaksanakan dasar serta hala tuju strategik terhadap pengurusan agensi di bawah MEA.
- Memantau tadbir urus dan melaporkan prestasi kewangan agensi-agensi di bawah MEA;
- Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan serta mendapatkan ulasan agensi pusat untuk pembentangan di Kabinet/Parlimen selaras dengan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240);
- Membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara selaras dengan Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 [Akta 380];
- Memproses, menganalisa dan mendapatkan keputusan ke atas permohonan agensi-agensi di bawah MEA selaras dengan akta yang berkaitan bagi permohonan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat, pelupusan aset dan pengisytiharan bonus atau dividen;
- Menyelaras, memperakukan dan mendapatkan keputusan ke atas perkara-perkara berhubung badan berkanun atau agensi bagi permohonan pindaan ke atas akta tubuh badan berkanun atau M&A agensi, penstrukturan semula organisasi dan penggabungan, pembubaran atau perwujudan badan berkanun atau agensi baharu;
- Memproses dan mendapatkan keputusan ke atas permohonan perlanjutan tempoh mengemukakan Penyata Kewangan tahunan badan berkanun kepada Jabatan Audit Negara;
- Menguruskan pencalonan, pelantikan dan penamatan ahli lembaga pengarah atau lembaga pemegang amanah agensi; dan
- Menjalankan fungsi sebagai Tribunal Rayuan Persaingan Gas.
UNIT KEURUSETIAAN
- Menyelaras urusan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) bagi YB Menteri/YB Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di peringkat MEA;
- Menyelaras urusan maklum balas bagi Mesyuarat Jemaah Menteri di peringkat MEA dan Cabutan Minit Mesyuarat Jemaah Menteri;
- Menyelaras urusan maklum balas bagi mesyuarat peringkat atasan (KSUKP, MBKM, JKTN, Majlis Pembangunan Negara) di peringkat MEA.
- Urus setia Mesyuarat Pasca Kabinet bersama YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi (mingguan);
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN);
- Urus setia Mesyuarat Dasar MEA; dan
- Menyelaras urusan berkaitan pentadbiran dan korporat bahagian.
Carta Organisasi:
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Hubungi Kami:
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 2, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723337
Faks : 03-88883876
Fungsi Utama
A. Perancangan Strategik
- Menyelaras dan memantau Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) di peringkat Kementerian/Agensi untuk Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-11;
- Urus setia Pelaporan PPD kepada YAB PM setiap suku tahun;
- Pelaporan status/unjuran pelaksanaan PPD kepada pengurusan MEA setiap bulan;
- Mewujudkan Sistem Pemantauan PPD untuk KSP RMK-11;
- Penetapan dan pemantauan Pelan Strategik/ Pelan Halatuju MEA;
- Program Transformasi Perkhidmatan Awam MEA;
- Menyedia dan memantau Minister’s Performance Indicator (MPI);
- Urus setia KPI Pegawai Tier 1 dan Pegawai Tier 2 MEA;
- Merangka dan menyelaras dokumen Penilaian Indeks Penarafan Bintang (SSR); dan
- Perancangan Outcome Based Budgeting (OBB) MEA.
B. Kerjasama Antarabangsa
- Merangka dasar dan program kerjasama teknikal daripada agensi bilateral dan multilateral seperti JICA, IDB, ADB, Bank Dunia, UNFPA dan OECD;
- Pelaksanaan program kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan agensi multilateral serta penyertaan pegawai ke mesyuarat/persidangan yang dianjurkan oleh: OIC, Commonwealth Secretariat, ASEAN, ASEM, ESCAP, APEC, WEF, EU, OPEC dan lain-lain organisasi multilateral;
- Merancang, memperaku dan memantau peruntukan belanja pembangunan (DE) projek di bawah seliaan Bahagian Perancangan Strategik dan Kerjasama Antarabangsa seperti sumbangan tahunan kepada badan-badan antarabangsa;
- Menguruskan program kerjasama teknikal baharu dari agensi bilateral seperti China;
- Pelaksanaan program kerjasama teknikal sedia ada daripada agensi bilateral dan sukarelawan seperti JICA, IDB dan ADB serta kerjasama teknikal baharu dan berpotensi seperti China dan Rusia;
- Urusetia kepada Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi kerjasama Economic, Scientific, Technical and Cultural (ESTC);
- Sekretariat Kebangsaan Malaysia untuk kerjasama IMT-GT, BIMP-EAGA, Malaysia-Thailand Committee on Joint Development Strategy for Border Areas (JDS) dan Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM);
- Menyelaras penyertaan Malaysia di Sidang Kemuncak Tahunan, Mesyuarat Peringkat Menteri/SOM/Menteri Besar/Ketua Menteri/Gabenor, dan Kumpulan Kerja/Clusters;
- Menyelaras penglibatan sektor swasta menerusi Joint Business Council IMT-GT dan BIMP-EAGA Business Council (BEBC) dalam menceburi pelaburan dalam bidang-bidang yang berpotensi bagi pembangunan wilayah berkenaan;
- Menyelaras kerjasama dengan pihak Development Partners dan Development Institutions seperti ADB, Northern Territory Australia, ASEAN Secretariat, GTZ, Republik Rakyat China dan Jepun;
- Menyediakan nota percakapan/nota ikhtisar untuk YB Menteri / YB Timbalan Menteri/ pengurusan atasan MEA yang menghadiri mesyuarat/persidangan antarabangsa di dalam/luar negara yang melibatkan unit bilateral, multilateral dan rakan pembangunan; dan
- Merangka dasar dan strategi kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan pihak UNDP, UNICEF serta memantau kerjasama tersebut melalui Mid Year Review Meeting dan Year-End.
Carta Organisasi:
Bahagian Sumber Manusia
Hubungi Kami:
Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -2, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725315
Faks : 03 88889859
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab merancang dan mengurus keperluan sumber manusia organisasi, urusan perkhidmatan, faedah dan saraan, kemajuan kerjaya dan pembangunan kompetensi bagi pegawai di Kementerian dan agensi..
Fungsi
- Merancang pengisian perjawatan di Kementerian dan mengurus penempatan sumber manusia secara optimum bagi menyokong pelaksanaan fungsi organisasi dengan cekap. Struktur dan perjawatan organisasi dikaji dari masa ke masa mengikut perubahan dan keperluan semasa bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
- Mengurus urusan perkhidmatan, prestasi dan kenaikan pangkat serta faedah dan kemudahan bagi pegawai.
- Merancang, menyelaras serta melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui program latihan/kursus di bawah anjuran kementerian dan pihak luar.
- Mengurus dan menyelaraskan permohonan pegawai di Kementerian dan agensi untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau di bawah tajaan penganjur.
- Mengurus dan menyelaras permohonan pegawai di Kementerian dan agensi bagi mengikuti kemudahan latihan jangka pendek dan jangka panjang anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi kerajaan.
- Mengeluarkan surat penempatan dan menyediakan Penyata Perubahan (Kew.8) bagi anggota lantikan baru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Menyelesaikan urusan pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempohempat belas (14) haribekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Menyelesaikan urusan permohonan penanggungan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Memastikan pencalonan penganugerahan pingat dan darjah kebesaran diproses dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima
- Memproses permohonan pegawai di kementerian dan jabatan untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau di bawah tajaan penganjur dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan pegawai bagi mengikuti kemudahan latihan jangka pendek dan jangka panjang anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Carta Organisasi:
Bahagian Sumber Manusia
Hubungi Kami:
Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -2, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725315
Faks : 03 88889859
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab merancang dan mengurus keperluan sumber manusia organisasi, urusan perkhidmatan, faedah dan saraan, kemajuan kerjaya dan pembangunan kompetensi bagi pegawai di Kementerian dan agensi..
Fungsi
- Merancang pengisian perjawatan di Kementerian dan mengurus penempatan sumber manusia secara optimum bagi menyokong pelaksanaan fungsi organisasi dengan cekap. Struktur dan perjawatan organisasi dikaji dari masa ke masa mengikut perubahan dan keperluan semasa bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
- Mengurus urusan perkhidmatan, prestasi dan kenaikan pangkat serta faedah dan kemudahan bagi pegawai.
- Merancang, menyelaras serta melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui program latihan/kursus di bawah anjuran kementerian dan pihak luar.
- Mengurus dan menyelaraskan permohonan pegawai di Kementerian dan agensi untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau di bawah tajaan penganjur.
- Mengurus dan menyelaras permohonan pegawai di Kementerian dan agensi bagi mengikuti kemudahan latihan jangka pendek dan jangka panjang anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi kerajaan.
- Mengeluarkan surat penempatan dan menyediakan Penyata Perubahan (Kew.8) bagi anggota lantikan baru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Menyelesaikan urusan pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempohempat belas (14) haribekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Menyelesaikan urusan permohonan penanggungan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Memastikan pencalonan penganugerahan pingat dan darjah kebesaran diproses dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima
- Memproses permohonan pegawai di kementerian dan jabatan untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau di bawah tajaan penganjur dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses permohonan pegawai bagi mengikuti kemudahan latihan jangka pendek dan jangka panjang anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Carta Organisasi:
Bahagian Akaun
Hubungi Kami:
Bahagian Akaun,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -1, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel.: 03-88725446
Faks: 03-88883768
Bahagian Akaun ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dari aspek pengurusan kewangan, bayaran dan pungutan hasil kementerian secara keseluruhan. Ia terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu Seksyen Perakaunan Pengurusan, Seksyen Perundingan dan Pemantauan; dan Seksyen Perakaunan Kewangan.
Objektif
- Memastikan perkhidmatan perakaunan dan pengurusan maklumat kewangan dilaksanakan dengan cekap mengikut kehendak undang-undang, peraturan kewangan dan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang berkuatkuasa.
- Memastikan bayaran dan hasil diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
- Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik
Fungsi
- Menyedia maklumat dan laporan serta menyediakan analisis bagi membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan.
- Memastikan semua urusniaga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi diperakaunkan dengan tepat dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan kepada PTJ serta memantau pelaksanaan sistem perakaunan di jabatan dan agensi.
- Melaksanakan pemantauan ke atas pengurusan dan perakaunan semua urusniaga selaras dengan peraturan kewangan dan piawaian perakaunan.
- Merancang dan melaksana program latihan perakaunan dan kewangan bagi memantapkan kemahiran dan meningkatkan kompetensi pegawai.
Kami bertekad untuk menguruskan perakaunan dan kewangan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi secara profesional. Dalam melaksanakan tugas ini kami berjanji untuk menyempurnakan perkhidmatan seperti berikut:
- Membuat bayaran dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh peraku 2 Arahan Pembayaran di PTJ;
- Membuat bayaran gaji bulanan dan potongan gaji mengikut jadual tarikh yang ditetapkan;
- Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan Kementerian mengikut tarikh yang ditetapkan;
- Memberikan maklumbalas ke atas pertanyaan & aduan pelanggan dalam tempoh sehari dari tarikh ia diterima;
- Menyemak Dokumen Akaun Terimaan Bulanan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh dokumen diterima;
- Memproses baucar bayaran bagi pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima;
- Memproses permohonan kelulusan sistem perakaunan agensi yang telah dimuktamadkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima;
Carta Organisasi:
Bahagian Pengurusan Maklumat
Hubungi Kami:
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -2, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725396
Faks : 03-88892506
Latar Belakang
Bahagian Pengurusan Maklumat adalah salah satu bahagian yang berperanan dalam memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan kepada ke semua bahagian di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).
Objektif
- Menyediakan kemudahan perkhidmatan komputer kepada bahagian-bahagian di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dalam membuat perancangan dasar ekonomi Negara. Memastikan kerja-kerja menganalisa data-data ekonomi dapat dilaksanakan dengan mudah, cepat dan sempurna.
- Menyediakan peralatan dan perisian yang lengkap bagi menampung keperluan kemudahan komputer yang sentiasa berubah-ubah.
- Memastikan pegawai dan kakitangan MEA didedahkan dengan pengetahuan teknologi komputer yang secukupnya iaitu dengan cara mengadakan program latihan yang berterusan.
Fungsi Utama
- Merancang dan menyediakan sumber-sumber dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong objektif dan fungsi MEA.
- Merancang, mengkaji, merekabentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem/aplikasi dan pangkalan data-pangkalan data untuk menyokong fungsi-fungsi pengoperasian dan pengurusan MEA.
- Menyediakan infrastruktur ICT MEA seperti merekabentuk, membangun, menyelenggara, menyelaras, menaiktaraf dan mengawasi perjalanan Sistem Rangkaian Komputer Setempat (LAN) dan INTERNET.
- Mengurus penyelenggaraan dan pengoperasian semua perkakasan dan perisian komputer supaya sentiasa dalam keadaan baik.
- Mengurus, melaksana, menyelaras, menguatkuasa dan memantau keselamatan ICT di MEA.
- Menyediakan program-program latihan dan pembudayaan ICT di kalangan warga MEA.
- Memberi khidmat nasihat/sokongan dan perkhidmatan ‘help desk' kepada pengguna-pengguna komputer MEA.
Sebagai bahagian yang memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada semua bahagian di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). Bahagian ini berazam akan melaksanakan matlamat dan strategi yang telah ditetapkan bagi memastikan kesemua pelanggan menerima perkhidmatan yang cepat dan berkesan.
Bahagian ini berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar sentiasa bergerak ke arah pencapaian matlamat MEA. Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan, kami berjanji akan:
- Menyediakan kemudahan ICT yang terkini dan mematuhi piawai yang digariskan oleh Kerajaan;
- Memastikan rangkaian komputer dan semua sistem aplikasi yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna, mudah diguna dan berfungsi sepenuhnya disepanjang waktu;
- Memastikan keselamatan rangkaian komputer, maklumat dalam pangkalan data dan maklumat terperingkat yang lain sentiasa terpelihara;
- Membangun dan menyiapkan sistem aplikasi berserta dokumentasi dan latihan dalam tempoh tidak melebihi sembilan (9) bulan dari tarikh permohonan diterima, tertakluk kepada keperluan pengguna yang telah dimuktamadkan dan komplikasi sistem yang dibangunkan;
- Memberi maklumbalas kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) hari bekerja, memberi bantuan teknikal dalam tempoh tidak lebih dari dua (2) hari bekerja dan menyelesaikan masalah dalam tempoh tidak lebih dari tiga hingga lima (3 – 5) hari bekerja, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti syarikat pembekal;
- Memastikan kandungan di Laman Web MEA dan laman web lain yang diuruskan MEA sentiasa terkini mengikut SOP yang telah ditetapkan dan dapat dicapai di sepanjang masa;
- Mengemaskini pangkalan data dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan data dan menghasilkan laporan yang telah dimuktamadkan oleh pengguna dalam jangkamasa lima (5) hari dari tarikh permohonan;
- Menyediakan kemudahan peralatan komputer dengan nisbah satu (1) PC bagi setiap orang pegawai (1:1); dan
- Memastikan warga MEA didedahkan kepada teknologi ICT yang terkini melalui program kesedaran dan latihan secara berkala sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.
Carta Organisasi:
Bahagian Komunikasi Korporat
Hubungi Kami:
Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 1, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03- 88725256
Faks : 03-88883968
(Kandungan dalam proses semakan oleh bahagian)
(Kandungan dalam proses semakan oleh bahagian)
Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan
Hubungi Kami:
Bahagian Pembangunan,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 1, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723313
Faks : -
Fungsi Utama
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek pembangunan MEA agar mengikut jadual dan selaras dengan peraturan dan prosedur yang sedang berkuatkuasa;
- Urusetia kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) di bawah MEA;
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi di bawah MEA mengenai isu-isu pelaksanaan projek pembangunan; dan
- Menyelaras permohonan peruntukan DE dan penyediaan notis perubahan bagi projek pembangunan di bawah MEA.
Bahagian Pembangunan sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja yang cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Menyelaras pemantauan dan penilaian prestasi pelaksanaan fizikal dan kewangan bagi projek pembangunan yang dilaksanakan oleh MEA dan agensi di bawahnya melibatkan peruntukan secara DE dan PFI;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) secara bulanan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah MEA dan agensi selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baharu dan menyedia notis pindaan siling peruntukan dalam tempoh dua minggu setelah menerima maklumat lengkap daripada agensi dibawah MEA;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan belanjawan tahunan bagi program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah MEA dan agensi berdasarkan jadual yang telah ditetapkan;
- Menyedia ulasan keatas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
- Menyedia sebarang maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri, Majlis Pembangunan Negara, Y.B. Menteri dan Y.B. Timbalan Menteri dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh arahan; dan
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi di bawah MEA khususnya melibatkan isu berkaitan projek pembangunan.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan mesra pelanggan.
Carta Organisasi:
Unit Undang-undang
Hubungi Kami:
Bahagian Undang-Undang,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 1, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725571
Faks : 03-88891570
Objektif
Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
(Kandungan dalam proses semakan oleh bahagian)
Carta Organisasi:
Bahagian Urusetia Majlis Tindakan Ekonomi
Hubungi Kami:
Majlis Tindakan Ekonomi
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras 4, Setia Perdana 6,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi pada 11 Februari 2019. Majlis Tindakan Ekonomi berperanan untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya berkaitan dengan ekonomi. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah diberikan tanggungjawab oleh Kerajaan sebagai urus setia kepada Majlis Tindakan Ekonomi. Urus Setia Majlis Tindakan Ekonomi ditubuhkan selaras dengan tanggungjawab yang diberikan tersebut.
Objektif
Menjalankan tugas sebagai Urus Setia kepada Majlis Tindakan Ekonomi. Mengurus dan menyelaras penyediaan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Terma Rujukan.
Fungsi
- Urus Setia Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi,
- Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Majlis Tindakan Ekonomi
- Urus Setia Jawatankuasa Kerja EXCO Majlis Tindakan Ekonomi
Carta Organisasi:
Unit Integriti
Hubungi Kami:
Unit Integriti,
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,
Aras -2, Setia Perdana 5,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725884
Fungsi Unit Integriti
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
- Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; - Pengukuhan Integriti
Untuk menyemai, menginstitusikan dan membudayakan integriti dalam organisasi; - Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku sertapelanggaran tatakelakuan serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
- Melaporkan perlakuan jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
- Pengurusan Aduan
Menerima dan menguruskan semua aduan mengenai salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dalam organisasi; - Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan - Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib
- Mengesan dan mengambil tindakan ke atas sebarang aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh laporan awal diterima.
- Kes tatatertib biasa diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh wujud kes prima facie
- Maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.
- 9751 views